lidah tidak bertulang ...amat mudah berkata2...kerana mulut badan binasa...peribahasa ini sebernanya sinonim dan signifikan dengan hadith nabi-'berhati-hati dengan pemikiran kamu kerana ia akan melahirkan perkataan,berhati-hati dengan perkataan kerana ia akan melahirkan perbuatan,berhati-hati dengan perbuatan kerana ia akan melahirkan tabiat.berhati-hati dengan tabiat kerana ia akan membentuk karakter kamu.berhati-hati dengan karakter kamu kerana ia akan menentukan destini kamu,,kegembiraan atau kecelakaan'...
namun kita tidak sedar...kesilapan yang sama berulang kali berlaku walaupun dinasihatkan berjuta kali...bila dipersalahkan kita menjawab kita hanya manusia iaitu kata dasar dari'nasia' bermakna lupa...terus org terkedu nak bagi nasihat...
walaupun begitu kita sesama islam jangan pernah berputus asa dalam saling menasihati kerana agama itu nasihat...berpesan2 pada kebenaran dan kesabaran....
banyakkan ingat Allah nescaya Allah ingat kita ...banyakkan selawat kepada nabi allah nescaya dapat syafaat nabi...
kata-kata dan pemikiran positif membawa kebahagian...amin...

Read More
Posted by sinarcahaya on Friday, February 18, 2011
0 comments
categories: | | edit post

Apakah sebenar erti perjuangan yang sering diperkatakan....tidak dinafikan ada individu yang tidak mengerti fahaman perjuangan,visi dan misinya...lantas cara perjuangan juga hampir dalam kekaburan..
Perjuangan adalah satu kesungguhan terhadap sesuatu perkara.Contoh kalau perjuangan atas nama islam....kita akan bangkit menentang kezaliman yang menghancurkan islam.Kita akan berjuang dengan kesungguhan yang sebenar demi meninggikan syiar islam..

Namun di sini...saya hanya menyatakan secara umum ...bahawa apa jua dan setiap perjuangan memerlukan ruh keikhlasan pengorbanan dalam perjuangan...
tidak dinafikan kita perlu mempunyai banyak pengetahuan dan mendalami sesuatu perkara yang kita perjuangan...Seperti contoh jika kita memperjuangan islam...tapi kita sendiri tidak mengamalkan cara hidup islam...tidak logik bukan...?zaman kini manusia memandang pada zahir...
namun kita seboleh2 islah (baiki) diri kita dengan sebaiknya terhadap kehafahaman sesuatu perkara dan seterusnya lillahi taala kita seru kepada manusia lain kepada perjuangan kita... 

perspepsi masyarakat berbeza ...namun kita seharusnya cuba mendapatkan yang positif dari yang negatif...
Apepun yang kita perjuangkan biarlah mendapat keberkatan dan keredhaan Allah...
waallahua'lam/...

Read More
Posted by sinarcahaya on Sunday, February 6, 2011
0 comments
categories: | | edit post

Segala puji bagi Allah dalam memberikan kekuatan dan ilham untuk saya menulis secara online.selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.Semoga segala yang dilakukan sentiasa mendapat keredhaan Allah.

Sesungguhnya umat islam perlu bersatu padu dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini.Sebagai khalifah Allah yang diberikan akal oleh Allah sewajarnya kita berfikir dengan baik, keburukan andai kita berpecah belah.kerosakan akan berlaku di muka bumi.Hidup kita tidak lagi akan aman tenteram.

Firman Allah yang bermaksud'Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali Allah,dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan,lalu ALLAH mempersatukan hatimu,sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi saudara ,sedangkan (ketika itu)kamu berada di tepi jurang neraka ,lalu Allah menyelamatkanmu dari sana.Demikianlah ,Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan ,menyuruh berbuat yang makrif dan mencegah dari yang mungkar.Dan mereka itulah orang2 yang beruntung'-surah ali imran :ayat 103-105.

Bukan sahaja kita perlu mempertahankan Agama Islam yang kita anuti....malahan sewajarnya kita juga mempertahankan bangsa melayu dan tanah air yang kita diami kini.

Agama,bangsa dan tanah air -berjuanglah kita mempertahankannya lillahitaala...

Read More
Posted by sinarcahaya on Sunday, January 30, 2011
0 comments
categories: | | edit post
Powered by Blogger.

Total Pageviews

Followers

Asmaul Husna

Islamic Widget

About Me

My Photo
sinarcahaya
perjuangan perlu diteruskan walaupun di satu saat ditinggalkan keseorangan....takbir!
View my complete profile

Talk With Me

My Blog List